Terima Kasih Guru

'Selamat Hari Guru' dan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah mendidik saya terutama ibu saya sendiri merupakan guru pertama saya. Guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sebelah rumah saya saja..seterusnya guru-guru di Sekolah Kebangsaan Terap, Kulim (UPSR 1996)..

Seterusnya
Yayasan Khairiah, Kupang, Baling (sebenarnya saya tak belajar kat situ pun..tapi pernah jadi student separuh hari saja kat sana..terus pindah sekolah)..saya pindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling(SMKAB). Kedah. (PMR 1999)..

Dan saya menamatkan zaman sekolah di
Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS), Klang, Selangor (SPM 2001, STAM 2003)

Selamat hari guru saya dedikasikan buat pensyarah-pensyarah
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) walaupun hanya belajar 3 bulan saja.(sempat lagi jadi ketua kuliah usuluddin, Dr Hanafiah yang lantik saya)..dan yang terakhir buat pensyarah-pensyarah Universiti Al Azhar(2004-sekarang)


Juga kepada sesiapa sahaja yang bukan mereka mengajar saya, tapi yang belajar dengan mereka secara langsung ataupun tidak yang tak mampu saya senaraikan di sini..semoga Allah merahmati kalian semua dengan kerja bakti yang telah kalian curahkan..

Saya tujukan lagu 'Terima Kasih Guru' dendangan kumpulan Mirwana kepada semua guru-guru yang telah berjasa kepada murid-murid mereka..(tapi saya tak letak video kat sini atas beberapa masalah teknikal)

Kenapa saya lewat buat ucapan hari guru?

Saya ada alasan kenapa saya lewat mengucapkan ucapan hari guru ini;

1. Saya baru habis exam hari ini, selama ini membaca la kiranya
2. Sempat lagi nak buat ucapan ni kan..sebab KISAS akan sambut hari guru 23 Mei ni.
2. Bagi saya setiap hari adalah hari guru, hari ibu, hari jururawat..cuma ada satu hari saja yang patut disambut iaitu hari pekerja..(kalau setiap hari jadi hari pekerja, cuti la sepanjang tahun..)




2 ulasan:

ummiubaida said...

salam,
hadi , terimakasih atas ingatan dan ucapan pada kami guru. nak buat pembetulan sikit sambutan hari guru kisas bkn 23 mei tapi 29 mei. budak2 exam belum habis.

May 27, 2009 at 4:37 AM  

wslm,
terima kasih banyak2 dan selamat hari guru buat ustazah..terima kasih menjenguk blog saya..smg ustzah sekeluarga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..

May 29, 2009 at 8:24 PM  

Post a Comment